Berita Harian
Berita Utama
- Kereta tua tak dapat insurans

KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat insurans kini menolak permohonan untuk memperbaharui perlindungan insurans kenderaan berharga bawah RM10,000, termasuk teksi kerana dianggap merugikan.
Nasional
- Penamaan calon 3 hari ditimbang

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneliti memanjangkan tempoh penamaan calon daripada sejam ketika ini kepada dua hingga tiga hari bagi mengurangkan ketegangan di pusat penamaan calon berikutan kehadiran ramai penyokong.
- Najib ucap tahniah kepada Presiden Amerika

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama serta rakyat negara itu, sempena Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat ke-233, hari ini.
- Sultan Selangor nasihat Mais terima pindaan

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bersikap terbuka mengenai cadangan pindaan tiga akta berkaitan hal-ehwal Islam yang ditangguh Majlis Raja-Raja untuk dikaji Majlis Agama Islam Negeri, baru-baru ini.
- Nik Aziz restui wacana ilmiah

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam menyambut baik langkah Dewan Pemuda Pas Pusat untuk mengadakan perbincangan dengan Pemuda Umno, demi kebaikan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.
- Artifak ditemui dalam peti besi akan dipamer

KUALA LUMPUR: Kira-kira 30 barang peribadi milik Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang ditemui dalam peti besi milik bekas Perdana Menteri pertama itu kelmarin akan dipamerkan di Memorial Tunku Abdul Rahman dalam tempoh terdekat ini.
Dunia
- Upacara peringatan MJ Selasa

LOS ANGELES: Persoalan bila dan di mana upacara memperingati Michael Jackson sudah terjawab, tetapi pihak berkuasa bandar raya ini masih mencari jalan untuk mengendalikan jumlah peminat yang 'terlalu ramai' menghadiri upacara itu.
- Brunei catat kes kematian pertama virus selesema babi

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei semalam melaporkan kematian pertama akibat jangkitan virus selesema babi atau H1N1 membabitkan seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang turut mengalami kegagalan fungsi hati.
- Macam-macam: Lelaki khatan sendiri guna pengepit kuku

LONDON: Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan selepas mengkhatankan dirinya sendiri menggunakan pengepit kuku.
- Kerajaan bersih bantu Susilo kekal jawatan

JAKARTA: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk mengekalkan jawatannya dalam pilihan raya presiden minggu depan berikutan reputasi kerajaannya yang bersih.
- Seoul dakwa pantau tentera Pyongyang

SEOUL: Korea Selatan mendakwa ia sedang memantau kawasan tentera Korea Utara berikutan negara komunis itu dipercayai akan melancarkan lebih banyak ujian peluru berpandu ketika spekulasi adanya pelancaran ujian peluru berpandu jarak jauh yang boleh mensasarkan Amerika Syarikat beberapa hari lagi.
Ekonomi
- Eksport semikonduktor meningkat 20 peratus

INDUSTRI Elektronik Malaysia Amerika (MAEI) sudah menyaksikan pemulihan dalam jualan eksport syarikat ahlinya dalam tempoh suku kedua lalu, dengan nilainya dianggarkan meningkat antara 15 hingga 20 peratus berbanding suku pertama.
- Institusi, warga Malaysia rangkul tujuh anugerah

INSTITUSI dan rakyat Malaysia merangkul tujuh daripada 24 anugerah pada Anugerah Sidang Kemuncak Sukuk London 2009 kelmarin.
- Smidec kini SME Corp Malaysia

PERBADANAN Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec) kini dikenali sebagai Small and Medium Enterprises Corporation Malaysia atau SME Corp Malaysia dengan peranan tambahan sebagai pemberi pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam semua sektor ekonomi.
- A&W sasar kembali untung tahun ini

A&W (Malaysia) Sdn Bhd, unit berkaitan makanan KUB Malaysia Bhd, menyasar kembali meraih keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, susulan penjenamaan semula dan pembukaan beberapa cawangan baru restoran makanan segera A&W di seluruh negara, tahun ini.
- Insentif caj lapangan terbang dikaji

MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) menimbang prospek insentif seterusnya bagi caj lapangan terbang, kata Pengerusinya, Tan Sri Dr Aris Othman.
Agama
- Amalan dengan niat menunjuk-nunjuk hanya undang kerugian

APA saja pekerjaan yang kita lakukan bermula dengan niat. Kita tak akan melakukan sesuatu perkara itu jika tak ada niat. Adanya niat membuatkan kita tergerak hati memulakan atau melakukan sesuatu namun berjaya atau tidak mencapai maksud, bergantung kepada kesungguhan hati.
- Islam garis kaedah berkesan atasi penularan wabak

PENYAKIT yang menjangkiti penduduk dunia hari ini adalah qada’ dan qadar Allah yang perlu dimengerti dan difahami individu Muslim. Islam mengajar umatnya menerima dengan lapang dada musibah yang menimpa dengan keinsafan dan kesedaran.


© Noriz.com - Penyampai berita percuma